Pengembaraan Merentasi Korea!

Pada 10-Nov-12 sehingga 17-Nov-12(8Hari), saya dan famili saya melancong ke Korea buat kali pertama. Dah lama rancang tapi baru tahun ni jadi. Jadi, dalam post saya kali ni, saya tak nak bercerita pasal trip saya ikut hari ataupun timeline. Saya lebihkan pengalaman saya ke sana.
*Di Korea, orang Korea memanggil negara mereka "DaeHanMinGuk" ataupun ejaan Hangulnya 대한민국.

Untuk intro, saya pergi ke sana dengan pakej X. Dalam jam 6.30 kami(ahli kumpulan lawatan) berkumpul di tingkat 5 untuk check-in bagasi dan kalau tak silap saya, dekat kaunter check-in "H" kot. Lepas tu kami pergi solat maghrib n cepat2 pergi dekat gate berapa dah lupa, sebab flight betul2 lepas maghrib.
Gambar saya ketika cheak-in bagasi di KLIA.
Flight saya bukan direct, transit dekat Ho Chi Minh, Vietnam ataupun orang sana panggil Saigon. Waktu dekat HCM lewat 1 jam(Untuk pengetahuan shj). Kami transit sekejap je dekat HCM lepas tu direct filght HCM-Incheon International Airport, Korea. Letih jugak, flight HCM-INC dalam 6 jam. Sakit belakang kena duduk satu posisi sepanjang flight tu. Lepas hampir 6 jam, tibalah kami ke Incheon International Airport, Korea. Untuk pengetahuan, Incheon bukan berada dalam kawasan Seoul. Incheon dengan Seoul ala2 Penang dengan Kedah la. Incheon tu ada pulau gitu. Kami sampai dalam pukul 6 pagi waktu Korea dan kami solat subuh yang agak terlajak di luar gate je sebab ruang solat/surau tak disediakan dekat airport area sana. Syukurnya, kami tidak dihalang oleh mana2 pihak. 
Ahli kumpulan lawatan kami yang baru selesai solat.
Setelah selesai proses di imigresen dan bagasi, kami terus berjumpa dengan wakil tour leader kami di Korea. Dia orang Korea asli dan surname dia Lee(이). Setibanya kami di pintu keluar dari airport tersebut, terus angin sejuk bertiup. Kami cepat2 pakai sweater n winter coat.
Di hadapan pintu keluar airport.
Pada waktu tersebut ialah "switching point" antara musim luruh dan musim sejuk. Jadi, kami menerima tempias kedua-dua musim. Tapi, ketika kami landing di INCH, waktu tu hujan. Sebab tu saya kata terima tempias dua2 musim. Biasanya musim sejuk hujan sangat jarang.

Start dari sekarang saya akan berkongsi cerita tentang aktiviti2 dan tempat2 menarik yang disediakan kerajaan Korea selatan kepada pelancong seperti kami yang mengikuti pakej mereka.

Firstly kami diberi peluang untuk membuat "Kimchi"(김치) sendiri di tempat membuat kimchi tersebut. Kimchi ialah makanan yang tidak asing kepada rakyat Korea. Mereka makan makanan tersebut dalam setiap meal mereka. Kimchi juga seperti makanan wajib mereka dan kimchi tidak terhad kepada lobak/radish sahaja malahan pelbagai jenis kimchi boleh dibuat. Kami pernah makan kimchi sotong. Rasanya agak pedas tetapi memang sedap. Kimchi mempunyai banyak khasiat. Proses pembuatan kimchi sebenarnya mengambil masa dan proses yang lama dan mungkin mencecah 2 bulan. Mereka sentiasa menyediakan kimchi di rumah mereka sendiri tetapi ada juga yang membeli kimchi yang segara. Mereka pasti menyediakan kimchi yang banyak sebelum datangnya musim sejuk kerana bahan untuk membuat kimchi sedikit berkurangan ketika itu. Mungkin pembaca boleh search di laman wikipedia tentang kimchi.

WIKIPEDIA KIMCHI:
Kimchi Wikipedia(BI)
Kimchi Wikipedia(BM)
Proses ketika menyediakan kimchi "radish".

Kimchi yang telah siap. Boleh dimakan terus.

Seterusnya kami dibenarkan mencuba pakaian tradisional masyarakan Korea iaitu "Hanbok"(한복). Disini saya sertakan beberapa keping gambar kami mencuba hanbok.

Kakak saya yang mengenakan hanbok pink.

Saya bersama pemandu pelancong Korea saya, Mrs. Lee.

Saya bersama kakak saya.
Tempat membuat kimchi adalah destinasi kami yang pertama setelah tiba di Korea. Seterusnya kami berangkat ke Gimpo International Airport untuk destinasi seterusnya, Jeju. Pasti ramai yang tahu tentang Jeju. Keindahan pulau ini memang sukar ditandingi. Jeju terletak di selatan Korea Selatan manakala Seoul pula terletak di sebelah utara. Jika hendak disamakan dengan keadaan geografi Malaysia, Jeju seperti Singapura tetapi sedikit jauh dari tanah besar Korea Selatan.
Jeju yang terletak di bahagian bawah peta dan Seoul di atas.
Saya rasa saya tidak perlu memberitahu hotel mana saya tinggal kot sebab itu pilihan kerajaan Korea Selatan tetapi anda boleh tanya secara personal dan bukan dalan post ni. haha. Kami tinggal di Jeju selama 2 malam. Penerbangan Seoul-Jeju mengambil masa hampir 1 jam. Walaupun 1 jam, tetapi ini kali pertama saya tidur dalam flight 1 jam saya, menunjukkan kami benar2 penat. Kami tiba di Jeju International Airport(Jangan tanya saya kenapa semua airport Korea 'international', saya sendiri pun ingin tahu) pada waktu malam. Kami seterusnya pergi makan di restoran seafood. Restoran halal di luar Seoul memang SUKAR dicari dan mungking tiada langsung. Jadi diminta pembaca berhati-hati ketika mencari makanan. Kerana di Seoul ada satu tempat yang banyak orang Arab membuka restoran di sana malah ada satu restoran Indonesia di sana. Nama tempat tersebut ialah "Itaewon"(이태원). Disinilah petempatan Islam di Seoul dan disinilah juga satu2nya masjid yang ada di Seoul. Itu akan saya ceritakan selepas cerita balik dari Seoul. 

Inilah makan yang boleh kami makan. Seaweed soup, mushroom, tofu, ikan bakar, kimchi, soy paste, chili paste. Kutleri mereka pula ialah sudu yang agak berlainan dengan Malaysia, sudu itu agak panjang dan seperti sudu sup kita, tidak tirus, dan juga lagi satu chopstick besi.
Nasi di Korea agak melekit berbanding Malaysia tetapi tidak semelekit Sushi Jepun. Nasi  seperti dikukus dan rata-ratanya menyediakannya didalam bekas mangkuk seperti besi tersebut. Hidangan di atas yang paling saya suka ialah telur(tak tahu telur masak apa, macam telur dadar) yang dihidang dalam bekas ala2 claypot tu. Memang daebak!
Dah habis makan malam, kami terus ke hotel dan berehat tetapi saya tak berehat mana pun sebab lapar, so saya makan maggi. Maggi sebolehnya bawak la satu pek cup punya sebab kalau emergency macam mana kan. Channel TV dekat hotel tu memang best. Antara channel yang saya suka; KomedyTV, Mnet, Arirang, MBC, MBC Music, SBS. First cerita TV dekat Korea yang saya tengok ialah Running Man episod Survival tu. Memang mencabar bagi saya yang baru belajar bahasa Korea ni. Orang lain tengok Running Man gelak2, saya tengok strees pun ada, tak ada subtitles even english pun tak ada. Tetapi lama2 alhamdulillah boleh adapt jugak lah dengan cerita2 dekat channel Korea ni walaupun tak faham sangat. Terima Kasih Nyna n Wawa yang banyak ajar Korean dulu.


1 comments:

 
Powered By Blogger