Melancong ke Tokyo Jepun

Minnasan Konnichiwa!

Still macam biasa, gambar first sekadar hiasan, tapi view ni ialah view hari2 kami tengok dari balkoni rumah. Cantikkan? Jawab dekat komen Cantikkkk.

Okay post ni kebelakang sikit sebab dah ada post baru tapi post ni still dalam draft.

Kita start dengan intro. Ni bukan nak promote, just bagi idea. Salah satu pakej nak pegi Jepun, dan yang kami pilih, ialah dengan tour oleh student Malaysia di Jepun dibawah syarikat Melancong ke Jepun. Kami hanya bayar fees untuk melancong, tiket2 transport, dengan tambang di Jepun. Rumah pula kami bayar sendiri pada mereka di sana ikut jumlah orang. Rumah macam mana nanti saya cerita.

Flight kami Malaysia Airlines MH88 KUL-NRT(Narita International Airport, Tokyo) dalam 7 jam dan take-off 27 May 2016 pada jam 11.30 PM. Bagus jugak flight malam, boleh kurangkan jet lag sebab sampai sana dalam pukul 8.00 AM. (BTW flight kami book sendiri, so pakej tu agak flexible ikut tarikh yang kami book).

Dekat2 pukul 7.00 AM Alhamdulillah kami selamat sampai. Proses immigration ada lah dalam 1 jam. Beg semua dah ambil, kami pergi ke tempat tunggu bas. Cerita lepas ni ada dalam caption gambar, so pakai spec, zoom sikit.

Boarding MH88 ke Narita.

Sampai. Ni tempat tunggu bas dia, nampak tak ada line 1,2,3? Kena beratur ikut line tu.

Bas ke station Kasai, Touzai Line Tokyo Metro kalau tak silap. Dalam bas ekpress macam ni kene pakai seatbelt.

Pemandangan bila dah masuk sikit bandar tapi ni bukan bandar lagi.

Tak promote jugak, PASMX ni guna dalam Tokyo. Memang memudahkan, sama macam TnG lah, cuma dia laju sikit proses tap tu.

Dah dalam station. Benda ni tak ada kat Malaysia. Macam jadual utk every coach utk every station. Contohnya station X, coach Y ada ikon escalator. So kalau kita pilih untuk pergi dekat escalator dekt station X, sila naik siap2 dekat coach number Y. Dia ada dalam 10 coaches kalau tak silap.

Pemandangan luar tren. Memang best tengok sebab rail dia tinggi, dan bangunan dia tak tinggi sangat. So, kita lebih kurang sama level je dengan bumbung.

Ofkos pemandangan dalam. Tren dia ada macam tempat letak beg dekat atas kepala orang yang duduk tu. Benda tu applicable dan useful bila peak hour ataupun kita bawah beg galas. Orang yang bawak beg galas kat belakang advisable untuk letak atas tu,
Lepas kami check in kat guess house dekat Gyotoku, Ichikawa (boleh search), Kami rest sekejap walaupun duduk je dalam flight etc tapi still penat. Masa tu kami guna untuk discuss tempat mana nak pergi since kami sampai pagi, tour start pagi ni jugak.



1. SHIBUYA

Ini tempat pertama yang kami pilih. Okay shibuya ni famous dengan apa? Tentunya Shibuya crossing. Tapi ada lagi satu, Hachiko. Siapa tak tau boleh try google siapa hachiko. Basically dekat Shibuya banyak barang fasion lah kalau nak beli pun. For Malaysian, tolong jaga sikit sebab barang dia mahal2. Takut2 first day dah pokai.

Rupa Shibuya crossing from subway station.

Ni lah hachiko (rasanya, kalau salah bagi tau).

Ada street performance masa datang.

Biasalah cari makanan halal tentu2nya kebab.

Lepas dah siap tour tempat ni, next place:



2. HARAJUKU

Harajuku ada apa pulak? Ada Takeshita St., tempat shopping baju kasut semua jugak tapi macam small shop lah. Keluar station sebelah Harajuku station tu straight je satu jalan tu ramai sangat orang. Ada lagi satu tourist spot, Harajuku station sendiri. Train station ni macam nostalgia sikit lah sebab nampak lama.

Nampak tak raaaaamai orang tu, tapi kat tengah tu ada daiso. Kalau ikutkan lagi murah dari kita.

Belakang tu Harajuku Station, mohon lalu sekali, jangan menyesal.

Dalam station otw balik rumah. Masa ni dah petang so ramai orang balik kerja. Jangan lupa dekat Jepun orang memang naik tren. Sebab apa? Sebab tren kurang kos compare owning a car.

Ha betul tu. Kami pun naik tren sepanjang tour kami di Tokyo. Memang mudah walaupun patah kaki (tak patah pun, tapi rasa sakit jugak lah). Kami pun balik lah lepas tu. Sambung untuk cerita next day pulak, trip esok sangat best sebab kami nak ke...



3. ODAIBA

Siapa tau odiaba ada dalam cerita apa? Yes, digimon. 

Train ke station Odaiba/Daiba.

Ni circular railway dia pusing je tapi rasanya bersambung dengan rainbow bridge.

Lepas keluar dari station.

Ni macam RTM kita lah, and siapa fan digimon memang patut datang sini.

Source: http://marron.extracaffeine.com/odaiba/fuji.html
See, sama kan?

Diver city ada soba halal dekat dalam. Boleh lah try. Siapa yang minat gundam mohon terjah tempat ni, ada kedai dia lagi kat bawah.

Ferris wheel memang tinggi dan puas lah naik, dia lambat2 je, sempat tengok sempat ambik gambar.

Pemndangan dari atas / top.
Odaiba ni tempatnya luas. Jalan kat Jepun untuk orang kita memang penat sikit la kalau tak biasa. Tempat menarik jugak Odaiba ada roda ferris, tamiya, car show, bangunan macam RTM, Diver City, Gundam, dan taman dia yang lawa. Kalau rumah siapa dekat, memang tempat ni tempat nak bersosial, beriadah.

Banyak lagi bunga tepi2 sepanjang jalan tu, tapi time ni musim panas macam tu kot, sebab tu ada lagi.

Macam show room utk kereta tapi tak tau jual ke tak, namak macam tayang je. Tengoklah puas2.

TAMIYA memang famous dekat sini. Kalau yang minat tu jemput jugak lah datang sini kalau ada kelapangan.

Coins Yen. Memang best guna coins dekat sini sebab vending machine is everywhere including dalam train station. I really don't know siapa yang uruskan semua. Sampai tepi2 jalan pun ada.


4. TOKYO BIG SIGHT

Lepas jalan sekitar Diver city, kami ambil tren ke Tokyo Big Sight. Tempat dia (saya rasa) masih dalam Odaiba. Kami pergi sini untuk solat sebab kalau masa saya lalu dekat pintu2 TBS ni, macam tempat conference. Sudah pastinya international.

Pemandangan dari luar, yes, memang unik.

Dalam bangunan, macam ada kedai kecik dekat dalam, celah2 dia ada 'Prayer Room'. Mintak izin orang yang jaga untuk pinjam sekejap tempat dia untuk solat.

Ada jugak disediakan tempat wuduk. Guna lah elok2, jangan tumpah sana sini. Nanti kepam masam segala2 bau keluar.

Dah ada arrow untuk qiblat. Masa ni lah kita syukur dapat tempat solat yang bagus macam ni, tak perlu tepi jalan dsb.
Dah habis semua, kami pergi ke lokasi seterusnya untuk hari ini. Ya, hari yang sama. Masih belum malam ya, musim panas siang panjang.



5. TOKYO TOWER

Sebab Odaiba macam terpisah jauh sikit dari bandar, jadi kami perlu naik tren lama jugak, kemudian naik bas ke Tokyo Tower.

Lepas sampai station mana entah, ada lah walking distance pergi bus stop line ke TT.

Dah sampai bus stop tapi bas ni punya schedule tak frequent sangat so kena tunggu lama sikit. Penat dan panas tapi seronok dapat observe orang jepun bawak kereta, lepas tu jalan2 dan naik basikal.

Dah sampai, tiba2 ada kakak ni buat persembahan dengan monyet. Memang baik la monyet tu ikut je.

Ambik gambar peak is too mainstream so kita ambil gambar kaki dia.

Ni dah dekat atas, sorry tak berapa ingat, rasanya ada dua level. Jangan lupa dekat atas ada souvenir shop, beli je, nanti menyesal. Make sure ada duit untuk beli souvenir dekat next location.

Ni lah hot spot ambil gambar, nak try pijak2 tengok bawah.

Sebelum keluar TT, ada Mugiwara Store. Memang la mahal sikit tapi siapa dah minat, tak kira lah mahal mana.

Not to say anything but memang kita dah boleh agak apa je yang boleh nampak kat atas. Cuma kita just make up our mind, bukan selalu kita naik dekat Tokyo ni, rasa betapa tinggi menara ni, fikir lah apa2 yang positif, being together with family up there. Then, baru kita rasa duit kita worth spent untuk tiket tu. Make sure kita beli souvenir dia, nanti dah tua boleh ingat balik memori2 lama, tunjuk dekat cucu2, mana tahu lama2 menara ni dah tak ada.

Dah puas tengok sempadan langit bumi kami nak pergi cari restoran Malaysia, RASA dekat...



6. GINZA

... untuk alas perut, lapar sangat jalan seharian. Kali ni pun kena jalan jauh jugak, tak ada bas, tapi the nearest station tu jauh. Jalan sikit, stop2 ambil gambar, tengok2 jalan, lepas tu naik tren, sampailah ke Ginza. Ginza ni kalau tengok macam Bukit Bintang sikit kot, macam modern sikit, banyak jugak bangunan tinggi, branded shops, dsb.

Jom kita tengok sikit macam mana rupa Ginza.

Otw ke Ginza, lepas turun dari TT. Sign dia haha unik betul.

Jumpa shrine (betul ke).

Ni dah samai Ginza, keluar je shopping mall station dia nampak bangunan ni.

See, dia macam metropolis jugak lah, tapi tourist attraction.

Ada tepi taman lepas keluar dari train station.

Ginza pun ada crossing jugak, sama je macam Shibuya tapi yang ni tak famous.

Yay dah jumpa RASA.

Naik je lift, bukak je, terus restaurant dia.

Lepas kenyang makan Char Kuey Teow, balik lah kita ke Gyotoku.

Dah gelap tu, tandanya habislah travel and tour untuk hari ni. Esok gonna big a big day. Sebab apa? Sebab esok, KITA NAK PEGI GUNUNG! GUNUNG APA?



7. MT. FUJI

Siapa tau Fuji San ke Fuji Yama? Saya konfius. Haha selamat pagi gais, sekarang kita nak pegi Fuji. Fuji ni letaknya kat luar bandar so kena travel naik kereta. Tour guide kami (Student Malaysia) yang ada kereta yang akan bawak kami ke sana. Kami just pergi 7E sebelah rumah bawak onigiri sikit untuk bekal. Dalam perjalanan sorry lah tak banyak gambar sebab apa? Sebab tidur. Sejuk sangat hari tu. Bulan 6 tu tak panas lagi, lagi2 kalau hujan memang sejuk.

Keluar dari Gyotoku, kami ikut highway untuk keluar bandar. Yang menariknya, highway dia tak pernah jammed, kalau ada pun, just beratur, dan pastinya beratur sambil bergerak. Dia tak ada completely stand still. Nak tukar lane, lepas dah masuk, kena 'Thank You' orang belakang kasi masuk, by nyalakan lampu signal dua2 belah tu, yang untuk hazard tu tapi sekejap je.

Ni lah jauhnya, boleh tengok Gyotoku (Star) dengan Fuji (Pin).
Otw ke Fuji, tak ingat la province mana.

Self isi petrol, dekat Jepun semua sendiri. Tak ada orang pun jaga.

Sekitar petrol station. Macam kampung kan.

Ni dah start masuk area Mt Fuji. Memang beku kalau bukak tingkap. Ni bawah lagi lah.

See, berkabus. Bawak kereta elok2 ya. Tahap sejuk dia + lembap, memang lepas wiper pun, droplet dia bertambah2.

Dalam 30 minit kot drive dari bawah ke atas, akhirnya sampai tempat stop last, tapi bukan peak la. Tak sure boleh naik sampai peak ke tak, tapi kalau siapa2 pergi nanti boleh tanyakan.

Dekat atas ni, saya yakin sejuk gila. Kalau boleh bawak je spare sweater ke hoodies ke, in case. Sebab masa saya pergi kan bulan 6, kalau yang pergi winter ke, fall ke, bawak. Ni lah rupa dekat atas.

Dia ada toilet, lepas tu ada parking lot besar. Boleh lah rehat2. Macam RnR jugak tapi ni kedai dia boleh beli souvenirs Mt. Fuji. Baju pun ada. Kami beli marimo 2 ekor.

Susah nak dapat sight lawa. Awan banyak sebab hujan. Ataupun hujan sebab awan.

Aah. Sengaja tunjuk sikit. Lagipun awan dekat atas tu kacau nak tengok peak dia. Tapi adalah one time awal tu clear kejap. Kami sempat la ambik gambar satu family haha. Dah sudah rehat2, kami nak ke next destination. Rasanya dekat2 je cuma perlu turun bukit ni dulu. Pergi mana?



8. LAKE KAWAGUCHIKO

Lake Kawaguchiko ni luas dia tak terkata. Kami kena naik boat seberang sana baru nampak tapi sebelum tu kami naik Cable Car Lake Kawaguchiko ni untuk ke peak dia. Peak tu ada 'Rabbit'. Why rabbit? idk.

Masa mula2 sampai, tempat parking ada sign ni. Nah la tengok diri yang tak seberapa ni haha.

Ada dalam 100m kot dari tempat parking tu sampai Cable Car.

Bole tengok tempat park tu dari atas. Sebenarnya nampak tasik Kawaguchiko tu semua tapi bila dah atas sangat dah start kabus semua.

Ni kat atas hahaha tu rabbit. Adalah cerita dia. Malas nak cerita. Siapa baik hati searchkan, ceritakan kan komen.
Nampak tak lantai tu basah? Tengah hujan sebenarnya masa tu. Susah sikit nak jalan2 kalau hujan + kita datang pakai tshirt je. Lain kali prepare ya, tengok weather forecast.

Lepas dah turun balik dari atas, macam biasa perut lapar kami pekena naan kedai India dekat tepi car park tu. Memang mantap, tak payah pergi India dah. Sini thorbaek.

Ni rupa depan dia, siapa yang pergi Lake Kawaguchiko tolong singgah. Kalau tak menyesal sampai balik Malaysia.

Ni baru naan dia, belum kuah lagi. Kuah dia semangkuk daging, semangkuk ayam, ikut lah pilihan masing2.

Boleh bayangkan tak gais, dah jalan basah2, lepas tu sejuk macam apa, sekali dapat naan panas, kuah panas. Ni lah secebis keindahan dunia haha. Kenyang dia jangan cerita, memang tak terhingga. Kalau kat mamak tak pernah buat ni, tapi kat sini kami bungkus naan tak habis haha.

Lepas tu lah baru kami tour Lake Kawaguchiko. Macam tasik biasa, tapi kalau kabus kurang lagi lawa la sebab scenery yang lawa tu bukit2 dia, tapi tu la yang tak nampak.

On deck dia, kat bahagian luar tapi sejuk sangat, better duduk dalam ada heater.

Tak tau kenapa ada loceng, mana tau ada orang kahwin atas boat kot.

Ni jalan yang belah tasik ni.

Kabus banyak, kalau tak maybe boleh nampak Mt Fuji.

Lebih nyaman di dalam hahaha tak kena tempias tasik.

Dah habis lake tour, sebab dah ada dalam pakej, kami ke...



9. GOTEMBA PREMIUM OUTLETS

Jujur saya cakap, lebih kurang je macam premium outlet lain style dia, tapi barang2 dekat sini lebih Jepun la, of course. Fashion dia, makanan dia, surrounding dia. Tapi actually, kami guna tempat ni untuk rehat sebab penat seharian. Masa ni pun dah petang so kene rushing sikit lah shopping. Dekat depan2 (tak depan sangat) ada satu kedai macam jual barang2 amazing la, sekali tengok memang tau ni jepun punya.

Pintu masuk ke Gotemba Premium Outlets.

View. Tengok je lah.

Jimmy Choo sampai sini.

Jalan2 makan angin je dalam ni, boring jugak kalau tak nak beli apa2.

Jambatan ke wing lagi satu, dekat situ ada tempat solat.

Solat kejap. Ruang dia lagi besar dari TBS tadi, bole access bila2 ikut waktu yang dibenarkan. Dia asing lelaki dengan perempuan dengan satu wall kat tengah, sama macam yang dalam map dekat pintu tu. Tempat wuduk dia pun bersih dan bagus, dekat tempat perempuan je lah ada tapi.

Dah puas, kami beli mesen urut, kasut. Haha benda2 macam tu je lah. Yang tak ada kat tempat lain dari jepun + ikut kemampuan.

Kemudian kami naik kereta ke Tokai Daigaku, tour guide kami punya kawasan, dia nak balik rumah untuk tinggal kereta, so that kami balik naik shinkansen. Tapi shinkansen ni tak straight ke Tokyo lah, macam ERL tapi transit.

Kawasan rumah tour guide kami. Singgah tinggal kereta.

Stailo jugak lah, macam kampung.

Area rumah dia, dan car park yang perlu bayar.

Otw ke tren station, nampak tempat park basikal bertingkat ni. Kalau tak ada orang jaga, memang ada possibility nak hilang.

Dah sampai station tapi bukan shinkansen lagi. Ni baru naik tren biasa, nak naik shinkansen kat next stop.

U know what, mula2 sampai dulu tour guide first kami sembang dengan saya, dia cakap it is Japan Law to not let any camera disable the shutter sound to prevent any pervert. So kalau ada siapa2 beli camera or phone dari Jepun, maybe shutter sound susah nak tutup except jailbreak.

Interchange station ke shinkansen heading to Tokyo.

Rupa tiket dia. Biasa2 je.

Yes, macam flight. Everything macam flight...

... including this.

Ni dah dekat sampai Tokyo. Sorry dah exhauted susah nak ambik gambar dah.
Dah sampai. Aduh baju sama je konfem busuk haha.

Kami sekali lagi pulang ke Gyotoku dengan penatnya. Tidurlah satu malam lagi untuk hari yang besar jugak esok. Hari apa? Hari main2.



10. TOKYO DISNEYSEA

Harini hari baru kami ke Tokyo DisneySea. Tak ramai pernah dengar pasal DisneySea. Disneyland banyak la kan? DisneySea ni mainan dia lebih sesuai lah untuk adult compare dengand disneyland. So saya akan cerita dekat caption gambar.

Dekat pintu masuk Disney Resort. Ini sebelum naik monorail yang ada 4 stations, Gate, Hotel, DisneyLand, DisneySea.

Serious, saya rasa yang lahir tahun 2k ke bawah tu wajib pergi, boleh berair mata.

Dalam ni memang enjoy, lantaklah ada budak ke, kita jadi budak jugak siapa kisah. Lagu dia, seat dia, view dia.

Pintu masuk DisneySea. Bukan tempat tiket tu, tempat masuk main gate ke tempat main2 semua tu.

Ni lepas dah masuk. Adalah show yang sambut kami chewah.

Kalau masuk tu dekat infromation board tu ada tulis pukul berapa. Kalau tak faham tolong tanya orang dia. Sebab yang 20.30 tu lah peak (yang paling best) event dia.

Transport kat dalam nak pegi opposite pole.

Railway dia. Btw ada jugak guna boat. Transport jugak la tu untuk pegi pulau sebelah besides jambatan.

Hotel ni, tak tau cerita apa, dia panggil zero gravity. Maybe kita naik aaaattaasss, pastu dia lepas kita kebawah.

Rehat sekejap lepas penat dan panas berjalan. Makan2 minum2.

Bekal onigiri yang saya bawak dari Gyotoku. Memang fav sepanjang duduk jepun.

Biasa kena beratur. Ikut lah dia kata waiting time kat luar berapa. Kalau setengah jam, setengah jam lah beratur. Tapi worth la, yang lagi lama beratur lagi best.

Ini antara yang ada dalam show time tadi.

Boat ke pulau yang ada piramid yang ada macam indiana jones tu.

Dia macam empangan, tapi sebelah tu laut rasanya. Tapi tu bukan air laut kot, sebab atas tu jalan. Tapi kalau fikir balik scary jugak la. Mana tau laut terjah.

Ha ni indiana jones tu, maca roller coster kecik dan dalam bangunan je.

Siapa tau ni dekat mana? Sila komen.

Kami solat dekat tepi2 bangunan ni je sebab susah nakc ari bilik kosong. Adalah tempat rest dekat tepi. Sekali lagi saya makan onigiri dekat situ.

Under the sea, mainan budak2 tapi untuk kita, best kalau pegi dengan family. Tak tipu, bila lagi.

Yang ni dekat area empangan tadi. TOLONG NAIK. Best gila.

Jalan dekat bawah gunung berapi.

View petang dekat pintu masuk. Lawa sebab gunung tu macam menghadap sunset. Masa ni orang dah cop tempat nak duduk depan tengok show yang 8.30 PM tadi.

Boleh lah siapa2 nak naik sampat tu. Boleh relax mind.

Ni pun jalan bawah gunung berapi. Dia macam network2 kat bawah tu. Mudah sesat dekat area ni, mohon jalan slow2 dengan family atau accompany.

Malam dekat2 maghrib ada show dekat kapal besar ni. Nampak tak pinggan2 tu?

Watak2 disney akan buat show untuk setiap menu. Kalau macam ni macam style mexico tak ingan makanan apa.

Dah ending. Tak faham dia cakap apa tapi kita still seronok. NI MACAM HIGHLIGHT JUGAK TOLONG PERGI.

View malam before show start. Dalam sejam sebelum.

Almost start. Saya punya gambar show tu tak lawa sangat sebab background gelap dan banyak lampu. Tapi yang pasti, show tu atas air, ikut tema waktu tu. Macam kami pergi ni, wishes.

See orang dah ramai tunggu depan tasik.

Anniversary Wishes. 

Balik lah kami ke Gyotoku semua naik segala2 tren dengan monorail disney ni.
Habis seharian. Yes memang tak banyak gambar. Saja simpan, kalau tak orang lain tak ada feeling nak explore. I would say these only 30% la. Pergi sendiri tengok. Kalau siapa yang dah tekad tak nak pergi tu boleh lah pm kalau nak tengok gambar. Haha. Dekat google pun banyak rasanya.

Alhamdulillah dah sampai hari2 terakhir. Mula lah kami nak cari souvenirs kan. Ramai dekat Malaysia saudara mara tunggu tapi itu lah, barang dekat Jepun sangatlah mahal. So, kena bajet2 berapa nak spent untuk satu orang, kalau boleh dapat lagi murah lagi bagus. (Faham kan? Sebab nak bagi ramai orang).

Selamat tidur dan selamat bangun.

Harini nak pergi mana? Tempat Anime dengan cosplay. Dekat mana?



11. AKIHABARA

Seperti yang ramai tau, Akihabara ni memang lubuk lah, nak cari mangga, cd, game, barang electronic, gundam, semua ada. Harga macam biasa lah, tak murah. Tapi in case satu hari nanti kerja Jepun, insyaAllah gaji sana mampu. Gaji sini susah sikit, campur dengan convert rate lagi. Okay jom tengok ada apa dekat area Akihabara.

Bangunan ni lah yang banyak barang elektronik tu, mohon jang convert ke RM.

Boleh tengok style building dekat sini semua macam ni.

Dekat sini pun ada satu Gundam Cafe.



Macam cerita Owari no Seraph kan character dia.

Dah start jalan ke next destination.

Ada promoter bercosplay dekat depan pagar construction tu.

Next destinantion tak jauh mana seingat saya. Kita ke mana...



12. UENO

Ueno. Tempat ni serius best sebab ayam goreng orang pakistan buat haha karaage memang terbaik. Dekat ueno ni macam pasar tak basah sangat, tak kering sangat. Dia ada dua pole, Okachimaci dengan Ueno kalau tak silap (ni serious lupa, macam salah je, tolong betulkan dekat bawah kalau siapa2 tau). Barang dia macam stail pasar pudu + masjid jamek punya pasar (or jalan TAR belakang tu). Harga boleh tahan lah kalau nak jimat. Say terliur betul tengok octopus dia besar2.

Nampak tak octopus tu. Nampak sedap kan.

View kedai2 dia.

Pakcik ni jual buah.

Kedai2.

Kedai2.

HAA NI LAH KEDAI TU KARAAGE DIA SEDAP SILA DATANG.


Lepas ke Ueno kami jalan kaki ke masjid untuk solat pulak before ke next destination. Aik? Ada masjid?

Masjid Assalam diberi nama, masjid dia punya stail memang bertingkat2, susah nak jumpa masjid macam ni dekat Malaysi, tapi dekat luar negara banyak sebab diaa tak ada tanah sangat nak buat masjid besar2.

Dekat tingkat atas, ruang solat lelaki.

Alhamdulillah selesai solat, kami berangkat ke...



12. ASAKUSA

Asakusa tak lain tak bukan tempat beli souvenir terbaik lah untuk tourist macam kita. Fridge magnet, baju, key chain, chopstick, sudu, mainan, semua ada kat sini. So, apa lagi mari kita tengok view sekitar Asakusa. Mesti awal2 selalu tanya kan, tiap kali berhenti, tempat ni nak beli souvenirs tak? Okay I would suggest kalau cenderamata cenderahati buah tangan nak bawak balik rumah bagi orang belilah dekat Asakusa. Tapi tolong tanya dulu locals ataupun tour guide, hari yang nak pergi tu bukak ke tak, sebab saya pun tak tu operating hourse, days dia.

Lupa pulak nak tunjuk Karaage dengan nasik ni. KAN, NAMPAK SEDAP KAN?

Memang sedap pun. Lagi2 dengan sweet spicy sauce dia yang tak berapa pedas.

Ni masa otw pergi Asakusa (Sebenarnya banya je tengah jalan cuma kali ni terdetik nak ambik gambar). Expected lah from Japan, benda pelik2 ni memang Jepun punya.

No bike trespass ataupun basikal tak boleh park sini. Entah.

Vending machine is everywhere. Even dekat guest house kami pun.

Macam mana kita tengok taman mainan dalam anime, macam tu lah kita jumpa dekat Jepun. Memang realistik.

Sambil2 tu nak cerita sikit pasal jual beli dekat sini. Kalau macam kedai yang up-to-date, cashier dia akan guna electronic machine macam vending machine punya. Faham tak? Macam kita kan bila kasi duit, cashier akan kira balance, lepas tu tanya kita ada duit kecik ke, ade 10 sen ke. Tapi dekat situ, masuk duit kat machine, machine detect duit apa, machine akan bagi balance. So, cashier just handle untuk collect dan bagi je.

Kalau adapun cashier yang stil guna mesin manual, dia akan terima duit kita dulu dengan cara Suruh Kita Letak Atas Tray Duit Dekat Atas Kaunter, dia kira dulu, tak kutip lagi. Cashier akan pulangkan baki dulu. Lepas kita pergi ataupun lepas kita dapat resit, baru dia masukkan duit dalam mesin manual dia. So basically the business is crystal clear. Minimumkan shortage pada customers ataupun kedai. Kurangkan jugak penipuan, kecelakaan.

Okay sambung balik ke Asakusa.

Dekat hujung jalan Asakusa.

Btw, Asakusa tu nama kawasan rasanya, tapi 'jajaran kedai' dekat satu jalan ni yang famous dengan souvenirs.

Tiap kedai ada lah barang masing2.

Asakusa train station.

Tepi tu macam bandar kan, jalan ni je macam klasik sikit jual barang2 cenderamata ni.

Dah puas, dah sumbat habis beg dengan segala souvenirs tu, kami pergi ke next destination. Maybe last ataupun among last one lah.



13. TOKYO SKYTREE

So, apa pulak Tokyo Skytree ni? Bunyi macam tinggi. Tapi haritu dah pergi Tokyo Tower warna merah tu? Itulah. Ini pun menara jugak. Kalau ikut tourist punye perspective sama je, cuma yang ni lagi modern, lagi tinggi kot dia punya view dock dia. Jalan sikit dari Asakusa ke train station pergi ke Station Tokyo Skytree.

Okay cuba teka apa orang buat dekat atas sana?

Tiket masuk, tiap orang dapat lain2 background skytree punya gambar.

Di kaki tower. Jidohanbaiki penuh kat bawah.

Ha ni lah benda orang buat kat atas. haha. Favorite tu.

Dah turun. Penat duduk atas tu. Kita boleh akses tiga tingkat kalau tak silap. Kita sampai atas sekali. Bawah sekali tu lif untuk turun.

Fuh best gila kat atas boleh nampak satu Tokyo. Nampak tak tu awan dah banyak? Dah angin pun kuat, macam nak hujan. So, kami rushing lah ke next destination. Kat mana tu?



14. GYOTOKU

Macam pernah dengar je Gyotoku ni. Haha memang lah, kat sini lah rumah kami stay. Tapi sebelum tu kami nak pergi makan sushi dekat... HAMAZUSHI.

Hamazushi ni tak silap fix price kalau sepinggan atas belt tu. Semua 100 yen. Kalau tengok yang ramai datang macam student la, banyak betul dia makan, tak macam kita makan dekat sushi belt Malaysia ni, ambik sepinggan kira harga. Dia tak kisah pun.

Kenapa muka dia tak blur? Nak tanya u gais kenal tak dia, saya tak ingat tapi muka dia macam pelakon drama mana2.

Ni lah Hamazushi dekat area Gyotoku. Maybe bukan Gyotoku atapun luar sikit dari Gyotoku tapi kami pergi jalan kaki lah dari rumah kami.

Kena tunggu lama jugak dalam ni, boleh je nak tidur kejap.

Brupp. Alhamdulillah kenyang. Saya cukup suka Miso soup dia dengan kepah. Memang saya belumk jumpa kat Malaysia lagi setakat ni. Kena rajin mencari.

Tamatlah travel kami di Tokyo + Fuji. Seronok memang seronok. This is the first place I would say better that Kuala Lumpur. Dulu pernah pergi Beijing, Seoul, dsb, tapi Tokyo memang terbaik. Walaubagaimanapun, KL is always my home, and Malaysia is my country. Tak ada mana2 lagi tempat lagi baik dari rumah. 

Basically untuk travel ke Tokyo memang perlu keluar banyak. Oh lupa cerita pasal makan, kami masak sendiri, makan roti dsb plus dekat Gyotoku banyak makanan halal tapi kena korek sikit. Bukan tempat lain tak ada tapi sini salah satu lubuk dia lah.

Naik tren is the best sebab semua tempat connected each other. Boleh nampak kan kalau tengok subway map dia, terketar lutut tapi Alhamdulillah kami boleh lagi tu. Jalan kaki tu memang harus.

Itu saja, kalau ada soalan nak tanya, best ke pegi situ sini, kenap tak pergi situ sini, nak bagi pendapat, nak kritik, nak tanya pakej apa, semua boleh tanya dekat komen.

PS: Follow my blog dekat bawah tu boleh letak email untuk siapa yang ada blogger ke, email ke. Lepas ni banyak lagi cerita sementara saya belum start kelas ni hahaha. Jumpa lagi gais. Penat buat post kalini banyak sangat gambar.

PS: Kalau typo nak condemn kat bawah boleh, nak betulkan pun boleh, nak maafkan pun boleh. Hehehe.



0 comments:

Post a Comment

 
Powered By Blogger