Zon Selesa

Macam biasa, gambar atas sekali sekadar gambar hiasan.

Sebenarnya dah lama dah start 'keluar dari zon selesa' ni tapi kalini yang paling terasa sebab macam2 benda jadi.

Salam and Hi. Biasalah, blogging ikut mood. Tak bagus tak bagus. Istiqamah takdak.

Sejak masih study dekat aspi, kami dah pun mula ambik segala2 test, exam, and dealing with admin. Yup, tak cakap pun orang lain tak buat cuma kalau ikut norma study macam biasa kat situ, study je lah kan. Benda2 ni memang paksa diri untuk lebih multitasking which I really hate the most because it will effect my work in term of final product.

Jadi SEMUA benda lagi sekali start bila kami perlu ikut program sponsor (3 kem) iaitu BTN, OBS, PREP PLDP. Nak tau apa benda satu2 tu komen lah boleh je cerita tapi tak nak masuk dalam post. Ataupun boleh buat post lagi nanti kalau ada orang nak la.

Kem Bina Negara Gunung Pulai

Outward Bound School Lumut

Eagle Ranch PD

Then dah habis semua program, proses buat visa/passport dan sbg agak susah sebab UKVI (UK Visa and Immigration) sangat strict tapi alhamdulillah kami semua berjaya. Normally approved la. Just tulis je betul2 apa maklumat dia nak, provide enough docs.

Sampailah harinya saya dan alifah punya flight, khamis 8 Sept 2016. Seronok plus sedih sebab family jauh datang dari Terengganu, kawan sekor ni from KY, parent dia pun datang jugak, from UKM pun ada. Tak expect pun ramai datang but for me dah cukup ramai dah tu haha ye lah 2 orang nak pegi (perasan je orang datang untuk kita kan). Memang mix feeling kami je rasa bila dah lepas immigration semua orang dah tak nampak.

PS: Gais boleh share apa korang rasa. Kami pun mintak maaf tak boleh hang lama2.

Thanks gais mmg susah ah nak ganti org2 macam ni. Sebenarnya tak nak pun generalise 'gais gais' ni tapi segan ah kalau cerita pasal sorang2 kat sini.

Tukar 'outfit' haha tak nak ah pakai blazer bagai dalam flight, not my style.

No return at this point.

Flight kami Etihad Airways KUL-AUH(Abu Dhabi, United Arab Emirates) dan AUH-DUB(Dublin) kemudian tukar Aer Lingus Regional DUB-GLA(Glasgow, Scotland). Pasal transit nanti je lah selit2 gambar tapi alhamdulillah segalanya berjalan lancar, tak ada any turbulence dan border crossing pun tak banyak sangat kerenah. Tuah kami jugak lah dapat masuk from Dublin, mudah sikit. BTW flight kami antara yang paling awal dalam group scholars kalini ke UK so berkat doa semua, Alhamdulillah semua berjaya sampai dengan selamat. Thanks to the seniors jugak yang banyak guide the processes.

Transit Abu Dhabi 10 jam (first time transit yang lama macam ni) memang sakit belakang nak tidur atas kerusi airport macam tu.

Siang dah before flight ke Dublin.

Dah sampai Dublin and ready untuk next flight in 3 hours to Glasgow.

Ni lah Aer Lingus Regional operated by Stobart Air DUB-GLA dalam 1 jam flight. Haha tak sangka Glasgow hujan, memang payah pilot nak tembus awan tu memang terasa friction awan dengan body fleet.

Itu lah pahit getir dalam almost 20 jam lepak kat tempat orang. Sekarang kena deal dengan jet lag. Sampai2 Glasgow kami pening sebab tak jumpa tempat nak cop passport. Merata2 lah kami mencari rupa2 nya kami dah cop dekat Dublin tadi. Hahaha tak sangka. Terlupa pulak UK still dalam EU. So datang2 caretaker kot nama dia from Uni2 kasi simcard dekat Alifah so kami call lah segala2 teksi semua tu ambik kat luar airport je tapi hujan lah masa beratur tu. Hadap je lah.

Sush betul nak bawah 2 luggage + 1 hand carry luggage + beg galas. So lain kali kalau nak datang glasgow kalau boleh bawak sikit je beg.

Call lah siapa2 yang boleh tapi tak ada kredit pun.

Beratur ambik teksi tapi hujan.

Kat sini pun real challenge start bila orang teksi start tanya dalam scottish start sembang. Manalah kami faham scottish baru sampai seminit. Balas dengan reflex, macam biasa, angguk2 geleng2 yes2 no2. Lantak la dia nak cakap apa, kami tak larat nak faham scottish sekarang sebab penat sangat.

Itulah detik2 suka duka penat lelah nak sampai Glasgow. Kalau ada apa2 boleh je komen, soalan, nak tanya pendapat, nak nasihat, nak kutuk, apa2 lah. Apa2 pun thanks banyak2 kepada semua yang wish goodluck, support dari jauh, yang sanggup pm, yang selalu bagi motivation, yang bangga dengan kami, macam2 lah. Kami appreciate semua benda dengan harapan study kami juga ikhlas.

Akan sambung next post pasal hari2 pertama di Glasgow. Dah post sikit dekat FB tapi ini macam lanjutan je. Okay bye.

PS: nampak selesa je kan, tak nampak keluar dari zon selesa pun. Itu lah problem buat blog sendiri, asyik tunjuk yang seronok.

2 comments:

  1. Comel je Nukman punya post :3

    It's okay. Tulis je apa yang nak cakap. Keep writing and sharing. Dulu dari kecil lagi memang impian nak sambung belajar di UK; sebab banyak dapat exposure pasal UK je. Now, end up studying in the US - something that I don't regret, but it's nice to read sharing from friends yang study kat sana.

    All the best!

    - Bakte

    ReplyDelete

 
Powered By Blogger